Total Pageviews

Thursday, 31 January 2013

Menu Dinner Malam Ni







Assalammualaikum..
hai hai haii.. kali ni aku post entry pasal menu dinner untuk mlm ni.. kan semlm aku ada post entry pasal nak masak satay ayam verse ketul .. so hari ni la aku masak.. selepas ayam tu diperap semalaman.. terus aku panaskan oven.. then mula la membakar ayam tersebut.. neh pun aku buat 4 ketul ayam je.. yela makan 2 org je.. korang nak tgk ke hasilnya? huhuu... ok lihat photo dkt bawah ni okay.. :D



tadaa ni la hasilnya.. kalau potong kecik2 jadi la satay..
tpi versi malas aku buat ketul2 je mcm ni.. hehe..



nyum2.. disamping tu aku ada gak goreng sayur bayam..
and makan la dgn nasi putih.. :D


so bawah ni aku sertakan resepinya.. 

RESEPI SATAY AYAM ( VERSI KETUL )


bahan yg diperlukan~*

4 ketul ayam
2 batang serai*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
2 ulas bawang merah*
2 bawang putih*
2 sudu kecil jintan manis*
2 sudu kecil serbuk kunyit
4 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
5 sudu besar gula (ikut korang nak manis mcm mana)

caranya~*

kisarkan semua yg ada tanda *
lepas tu gaulkan ayam dengan bahan yg dikisar tersebut.
campurkan juga serbuk kunyit, minyak masak, garam dan gula.
gaul hingga semua bahan2 itu mesra.
kemudian perap ayam tersebut dalam plastik atau bekas kedap udara.
seeloknya ayam harus diperap lebih kurang 2 jam.
atau lagi lama perap lagi sedap la.. hehe..
lepas ayam sudah diperap boleh la dibakar or dipanggang..
lepas dibakar boleh la dihidangkan :)

huhuuu.. haa esok aku plan nak buat sup ayam lak.. tgk la kalau rajin aku post la entry.. hehe.. adoii yg pasal pi penang hari tu aku tak post2 lagi.. ahaha.. tgk la jap lagi kalau rajin aku post.. kalau rajin gak satgi aku edit video yg aku sempat rakamkan dkt penang hari tu.. best best best best sgt2.. ok la aku nak tgk tv sat.. bye bye.. salam 

No comments:

Post a Comment